Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 penuntut YSHHB ke Singapura sertai seminar

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Seramai 14 orang penuntut Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, berlepas ke Singapura bagi mengikuti Seminar ‘Y.Lead :Leading Change in The VUCA World’.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan yang disertai oleh dua guru pengiring berkenaan ialah Pengetua Sekolah Menengah YSHHB, Chong Li Chen.

    Y.Lead 2017 anjuran Sekolah Tinggi River Valley yang bermula esok hingga 21 Julai 2017 itu akan disertai oleh peserta dari 30 buah sekolah dengan 16 buah sekolah adalah dari negara tuan rumah, Singapura manakala 14 lagi dari negara lain seperti Jepun, China, Taiwan, Malaysia dan juga Brunei.

    Antara lain tujuan seminar itu adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran kepimpinan di samping menyediakan platform untuk pengantarabangsaan pemimpin muda tempatan dan serantau.

    Gambar beramai pelajar bersama Chong Li Chen sebelum berlepas ke Singapura bagi menghadiri seminar tersebut.
    Gambar beramai pelajar bersama Chong Li Chen sebelum berlepas ke Singapura bagi menghadiri seminar tersebut.

    Selain itu juga menyediakan peluang rangkaian kerja untuk pemimpin muda tempatan dan serantau bagi kerjasama akan datang.

    Pada seminar itu, peserta juga akan berpeluang berinteraksi bersama pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam, pemimpin industri dan wakil organisasi bukan kerajaan untuk berkongsi peranan mereka sebagai contoh pemimpin bagi organisasi masing-masing.

    Di samping itu, peserta seminar juga akan menjalani latihan pembangunan kepimpinan dan karakter (Leadership and Character Development -LDC) serta mengambil bahagian dalam program lawatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda