KABUL, 28 MEI – Seramai 14 anggota keselamatan Afghanistan maut dalam dua serangan berasingan hari ini dalam pertempuran pertama yang para pegawai salahkan ke atas Taliban sejak berakhirnya gencatan senjata selama tiga hari.
Taliban menyerang pusat pemeriksaan di Parwan, utara bandar itu awal hari ini, kata jurucakap kepada gabenor wilayah, Waheeda Shahkar.
“Taliban juga mengalami korban jiwa,” kata Shahkar kepada AFP, mengatakan tujuh anggota pasukan Afghan telah terbunuh.
Ketua Polis Daerah, Hussain Shah berkata Taliban mencetuskan kebakaran di pusat pemeriksaan, membunuh lima kakitangan keselamatan dan dua lagi ditembak mati.
Di bandar barat Farah, lelaki bersenjata Taliban melancarkan serangan ke atas pos polis, membunuh tujuh anggota polis, kata jurucakap polis wilayah, Mohibullah Mohib kepada AFP.
“Lapan pejuang Taliban juga terbunuh dalam pertempuran itu yang berakhir kira-kira satu jam setengah,” katanya, menambah empat anggota polis selamat dalam serangan itu. – Bernama/AFP