Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 terbunuh dalam serangan Taliban

    KABUL, 29 MEI – Dua serangan berasingan yang disyaki dilancarkan puak Taliban menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh.

    Tragedi itu berlaku sebaik tamat gencatan senjata tiga hari yang diumumkan Taliban sempena sambutan Aidilfitri, sekali gus menjejaskan rundingan perdamaian yang dijadualkan antara kumpulan militan itu dan kerajaan Afghanistan.

    Jurucakap Gabenor wilayah Parwan, Waheeda Shahkar, berkata pejuang Taliban menyerang pusat pemeriksaan di wilayah itu awal pagi semalam.

    “Tujuh anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh dan ada pejuang Taliban yang turut menjadi mangsa,” katanya kepada AFP.

    Ketua Polis Daerah, Hussain Shah, berkata pejuang Taliban membakar pusat pemeriksaan terbabit, mengakibatkan lima anggota keselamatan terbunuh manakala dua lagi ditembak mati.

    Di bandar Farah di barat, jurucakap polis daerah, Mohibullah Mohib, memberitahu AFP bahawa pejuang Taliban menyerang balai polis dan membunuh tujuh anggota.

    “Lapan pejuang Taliban turut terbunuh dalam pertempuran setengah jam itu, yang turut menyaksikan empat anggota polis terselamat,” katanya.

    Puak Taliban setakat ini tidak mengulas mengenai serangan terbabit tetapi pihak berkuasa Afghanistan menuduh mereka bertanggungjawab. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda