Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 terima bintang kebesaran negara

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat bagi mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-79 di Istana Nurul Iman, hari ini.
     
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada Jeneral Songwit Noonpackdee dan Naib Laksamana Aaron Beng Yao Cheng. 
     
    Majlis diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) yang membawa gelaran Dato Paduka atau Datin Paduka kepada Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah; Dayang Suraya binti Haji Jaidin; Haji Hashim bin Haji Mohd Noor dan Dr Thirunavukkarasu Ganesan. 
     
    Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (SNB) kepada Mejar (B) Nick Cann; 488 Kapten (Bersara) Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin dan Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arsad.
     
    Sementara itu, lima orang penerima dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) yang terdiri daripada Awang Ajman bin Haji Meludin; Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali; Awang Shamshuddin bin Haji Kamaluddin; Lim Kian Boon dan Dr Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.
     
    ATAS & BAWAH : KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-79 Tahun kepada para penerima. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Berangkat sama ke istiadat tersebut ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Juga berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah; YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri; YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah serta kerabat diraja pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda