Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    14 warga Palestin terbunuh dalam serangan Israel

    ISTANBUL, 1 DIS – Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung, sejurus selepas gencatan senjata berakhir pada pagi Jumaat.

    “Dalam tempoh dua jam selepas gencatan senjata tamat, angka kematian rakyat Palestin dalam serangan Israel meningkat kepada 14 orang.

    “Puluhan orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak cedera,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza.

    Gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 24 November berakhir pada pagi tadi.

    Serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas gencatan senjata berakhir, menurut wartawan Anadolu di lapangan. – Bernama

    Rakyat Palestin melihat semula kerosakan rumah yang musnah dalam serangan Israel ke atas Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...