Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 tamat Kursus Life Saver 995, Marsyal Bomba

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 OKT – Seramai 14 guru dan kakitangan Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-guru Melayu Brunei (STJ PGGMB) Kuala Belait telah menamatkan Kursus Life Saver 995 dan Marsyal Bomba yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 5 Oktober lalu.

    Hadir untuk menyaksikan kursus yang diadakan ialah Pengetua STJ PGGMB Kuala Belait, Fazziah binti Kamis, yang turut sama menyertai kursus tersebut.

    Pegawai pemerintah Cawangan Operasi ‘B’, SSFR Amirul Hadi bin Haji Junaidi telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

    SSFR Amirul Hadi menyampaikan sijil kepada Pengetua STJ, Dayang Fazziah menandakan tamatnya kursus.
    Gambar ramai guru dan kakitangan yang mengambil bahagian bersama pegawai FRD di akhir kursus. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KUALA BELAIT

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda