Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    14 wartawan Mexico di bunuh sejak Januari

    BANDARAYA MEXICO, 17 OGOS – Seorang wartawan bebas ditemui maut di utara Mexico dengan tanda pukulan di kepala, kata pihak berkuasa kelmarin. Kejadian tersebut menjadikan pembunuhan wartawan dan pekerja media Mexico ke 14 tahun ini.

    Pendakwa raya di negeri sempadan Sonora mengumumkan ba hawa mayat Juan Arjon Lopez ditemukan di bandar sempadan San Luis Rio Colorado. Mereka berkata wartawan yang dilaporkan hilang pada 9 Ogos lalu dikenal pasti melalui tatu di badannya.

    Selepas berita mengenai kehilangan Lopez tersebar luas, pihak berkuasa di Sonora menganjurkan pasukan mencari. Bagaimanapun, pencarian itu tidak rasmi kerana tiada laporan rasmi dibuat.

    Kementerian Awam dalam satu kenyataan menjelaskan bedah siasat mendedahkan Lopez meninggal dunia akibat trauma kepada daripada pukulan senjata tumpul.

    Ketua pendakwa raya negeri, Claudia Contreras berkata penyiasat akan berusaha menentukan sama ada pembunuhan itu berkaitan dengan kerja Lopez sebagai wartawan.

    Pada 10 Januari, wartawan Jose Luis Gamboa ditemukan mati di negeri Veracruz. Sejak itu, berlaku gelombang pembunuhan yang menjadikan 2022 tahun paling banyak mencatat pembunuhan wartawan. – AP/ Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...