Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    140 pelatih PB diraikan dalam majlis berbuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Seramai 140 orang pelatih Pusat Bahagia (PB), Daerah Brunei dan Muara telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Borneo United Sdn Bhd (BUSB) di Royal Berkshire Hall, Jerudong Polo Club.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah diikuti dengan penyerahan sumbangan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan Pengarah Urusan Borneo United, Stanley Lim Hock Ghim.

    Di samping itu, Syarikat Borneo United turut menyatakan keterujaan kerana dapat menganjurkan majlis berbuka bagi para pelajar dan tenaga pengajar di PB pada tahun ini.

    Ia merupakan salah satu cara dan peluang untuk syarikat dan kakitangan berkenaan menyumbang dan membantu masyarakat yang memerlukan di negara ini.

    Borneo United juga berharap acara seumpama akan dapat memberi impak positif kepada orang ramai dalam usaha menyemai rasa pemedulian terhadap golongan berkeperluan khas.

    Selain itu, ia juga merupakan peluang bagi para kakitangan syarikat untuk memberikan perhatian terhadap para pelajar di PB, terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini dan sambutan Hari Raya yang akan bakal menjelang.

    Tetamu kehormat dan wakil dari Borneo United ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima.
    Stanley Lim Hock Ghim menyampaikan sumbangan derma.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda