Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    $141,685 hasil Hari Polo Amal diserah kepada Pusat Ehsan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Sejumlah $141,685 hasil daripada Hari Polo Amal 2023 telah diserahkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Izzah, hari ini.

    Berangkat ke majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

    Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar; Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Pengarah Urusan Cityneon Displays & Construction Sdn Bhd, Dato Jack Ting.

    Pada majlis itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerima replika cek daripada Dato Jack Ting dan kemudian menyerahkannya kepada Pengiran Datin Hajah Noraini bagi pihak Pusat Ehsan.

    Hari Polo Amal 2023 telah dianjurkan oleh Pasukan Polo Brunei dengan kerjasama Persatuan Polo Diraja Brunei dan Pusat Ehsan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis penyerahan kutipan hasil Hari Polo Amal 2023 kepada Pusat Ehsan. Turut hadir YAM Pengiran Muda Bahar. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyerahkan sumbangan kepada Pusat Ehsan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Izzah. Turut hadir ialah YAM Pengiran Muda Bahar. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda