Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,440 kotak kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Lumut II

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 MAC – Sebanyak 1,440 kotak kecil kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diagihkan kepada penduduk Kampung Lumut II bermula kelmarin.

    Pengagihan tersebut dijalankan melalui pandu lalu di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), yang diselia oleh Ketua Kampung Lumut II, Haji Khairdon bin Haji Dahlan serta diiringi oleh ahli Majlis Perundingan Kampung Lumut II.

    Di Daerah Belait, sebanyak 30,996 kotak kecil kurma telah diagihkan kepada penduduk melalui penghulu dan ketua kampung dari mukim dan kampung di seluruh daerah.

    Salah seorang penduduk menerima kurma kurnia peribadi yang berlangsung di LLRC. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda