Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    146 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Muiz Matdani – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Seramai 146 orang anak yatim dari mukim Berakas A menerima sumbangan pada majlis penyampaian derma dan berbuka puasa anjuran Syarikat Nazmi Textile Mall yang berlangsung di Dewan Berkshire, Tarindak D’ Polo, Jerudong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi India, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah dan Duta Istimewa dan Mutlak Turkiye, Tuan Yang Terutama Profesor Hamit Ersoy.

    Anak-anak yatim yang diraikan adalah mereka yang berdaftar di Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang masing-masing menerima keperluan raya dan duit raya yang disampaikan oleh tetamu kehormat, TYT Alok Amitabh Dimri berserta Pengarah Nazmi Textile Mall, Nazeer Ahamed Mohamed Zackiriah dan isteri serta ahli keluarga.

    TYT Alok Amitabh Dimri dan Nazeer Ahmad menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis yang diadakan di Dewan Berkshire, Tarindak D’ Polo, Jerudong, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bersama tetamu lain pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda