Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Seramai 147 orang iaitu 69 lelaki dan 78 perempuan telah memeluk agama Islam dalam tempoh lima bulan tahun ini iaitu dari Januari hingga Mei di seluruh negara.
Menurut statistik Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), daripada jumlah tersebut, Daerah Brunei dan Muara mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 76 orang.
Ini diikuti dengan Daerah Belait yang mencatatkan 22 orang, Daerah Tutong 48 orang manakala itu, Daerah Temburong hanya mencatatkan satu pengislaman.
Dari segi bangsa pula, Dusun antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 52 orang dan diikuti Cina seramai 27 orang, seterusnya Iban dan Filipina masing-masing mencatatkan 23 pengislaman, Eropah dan Bisaya masing-masing hanya mencatat satu pengislaman dan lain-lain bangsa mencatat 11 pengislaman.
Daripada jumlah itu juga, 94 orang yang memeluk agama Islam dalam tempoh tersebut terdiri daripada warga tempatan dan 53 lagi adalah warga asing.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-4-C_01072020.jpg)