Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    148 kes demam denggi dicatatkan di timur China

    HANGZHOU, 30 Ogos – Wilayah Zhejiang di Timur China telah melaporkan 148 kes denggi tahun ini, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan hari ini.

    Di antaranya 44 adalah kes berpunca dari luar negara, meningkat 33.33 peratus dari tempoh yang sama pada 2016. Kebanyakan pesakit ini menghidapi virus dari negara-negara Asia seperti Thailand, India, Vietnam dan Sri Lanka, menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Suruhanjaya Perancang Wilayah Zhejiang. Selebihnya 104 kes adalah disebabkan keadaan di ibu kota wilayah Hangzhou. Tiada kematian dilaporkan, kata suruhanjaya tersebut.

    Wilayah persisiran telah mengalami peningkatan dalam kes-kes dari luar.

    Denggi adalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang berpotensi membawa maut terutamanya di kawasan tropika dan subtropika. Gejala termasuk demam dan loya serta sakit otot dan sendi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda