HANGZHOU, 30 Ogos – Wilayah Zhejiang Timur China telah melaporkan 148 kes denggi tahun ini, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan hari ini.
Di antaranya, 44 adalah kes yang diimport, meningkat 33.33 peratus dari tempoh yang sama pada 2016. Kebanyakan pesakit ini menghidapi virus dari negara-negara Asia seperti Thailand, India, Vietnam dan Sri Lanka, menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Suruhanjaya Perancang Wilayah Zhejiang.
Selebihnya 104 kes adalah disebabkan keadaan dalaman di ibu kota wilayah Hangzhou. Tiada kematian dilaporkan, kata suruhanjaya tersebut.
Wilayah persisiran telah mengalami peningkatan dalam kes-kes dari luar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn