Jumaat, 21 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 ahli PGGMB terima bantuan kebajikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Salah satu tugas dan tanggungjawab Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) adalah untuk menyantuni kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahli PGGMB.

    Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Badan Kebajikan PGGMB diberikan tanggungjawab untuk menyelaraskan perkara berkenaan termasuk ahli-ahli yang berkahwin, anak ahli berkahwin, ibu bapa / mertua meninggal, bantuan menunaikan Fardhu Haji dan lain-lain lagi.

    Oleh itu, seramai 15 ahli telah menerima bantuan kebajikan dalam majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di Pejabat PGGMB, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian bantuan kepada para penerima ialah Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang DiPertua PGGMB,  Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad; Hajah Hanipah binti Haji Apong;  Setiausaha Agung PGGMB, Yakub bin Haji Abdul Rahman; ahli- ahli jawatankuasa tadbir dan ahli-ahli PGGMB.

    Pengarah Badan Kebajikan PGGMB, Dr Hajah Jamilah binti Haji Md Yusof menyatakan bahawa aktiviti berkenaan merupakan aktiviti berterusan PGGMB dalam sama-sama memeduli kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya.

    Semua di atas: Haji Mustapa menyampaikan bantuan kebajikan kepada antara penerima.

    Haji Mustapa dan ahli Jawatankuasa Tadbir PGGMB bergambar ramai dengan para penerima di majlis berkenaan. – Gambar-gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda