Sunday, October 6, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 anak damit Hijrah diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Seramai 15 orang anak damit dilahirkan pada 1 Muharram sempena Sambutan Ilal Hijrah 1446, iaitu anak yang lahir bermula masuk waktu Maghrib 1 Muharram hingga berakhirnya waktu Asar 1 Muharram 1446 Hijrah, hari ini diraikan dalam Majlis Pemberian Hadiah kepada Anak-Anak Damit.

    Majlis berlangsung di Pusat Perempuan dan Kanak- Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu-tetamu khas di majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan Datin; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn. Bhd. dan Pengiran Datin.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa menyampaikan hadiah.

    Pemberian hadiah untuk anak-anak damit yang diraikan telah disempurnakan oleh tetamu- tetamu khas.

    Manakala Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa Akaun Si Manja bernilai $200.00 dan ‘Hamper’ keperluan anak damit bernilai $ 60.00.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan hadiah.

    Sementara Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Brunei Darussalam dan Datin pula menyempurnakan pemberian hadiah berupa baucar bernilai $300.00 bagi penyertaan Takaful Nur Savings dan juga sekeping ‘gym mat’.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin menyampaikan hadiah.

     Anak-anak damit yang lahir pada 1 Muharram 1446 Hijrah juga menerima hadiah berupa barangan anak damit bernilai $200.00 dan buku ugama daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

    Tahun ini di Daerah Brunei dan Muara, seramai 15 orang anak damit, iaitu 9 orang anak damit lelaki dan 6 orang anak damit perempuan telah dilahirkan di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, manakala tiada kelahiran di Daerah Belait dicatatkan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menyampaikan hadiah kepada salah seorang anak damit yang diraikan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda