BOGOTA, 30 April – Pihak ber-kuasa sudah menahan 15 orang dipercayai sebagai antara kartel paling berkuasa di Colombia, iaitu Gulf, kata pihak pendakwaan, semalam.
Menurut pejabat pendakwaan jenayah terancang, semua suspek, iaitu masing-masing 12 dewasa dan tiga lagi yang masih di bawah umur, ditahan di Docordo, di barat laut wilayah Choco.
Kumpulan didakwa menculik pasangan adik-beradik Damiro Cardenas Victoria dan Anselmo Cardenas Victoria.
Mayat kedua-duanya ditemui pada 19 April lalu.
Semua suspek dewasa terbabit ditahan sementara menunggu perbicaraan, manakala suspek bawah umur diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan kanak-kanak dan keluarga masing-masing.
Sementara itu, pendakwaan berkata, pihak polis menembak mati ‘el Zorro’, dipercayai pemimpin kartel yang sama di Barbacoas, Narino.
Kartel Gulf ditubuhkan oleh kumpulan separa tentera yang dibubarkan pada 2006. – AFP