PORT MORESBY, 30 DIS – Kira-kira 15 orang dikhuatiri maut selepas tanah runtuh melanda kem perlombongan di tengah Papua New Guinea berikutan hujan lebat, kata para pegawai hari ini.
Ahli parlimen tempatan, William Samb berkata kem di Goilala terkubur ketika para pelombong tidur pada awal Isnin.
“Malangnya tidak ada yang terselamat daripada apa yang kami dengar. Semuanya terkubur hidup-hidup,” kata Samb kepada ABC, penyiaran negara Australia.
Para pegawai berkata jumlah yang maut tidak jelas namun dua mayat telah ditemui setakat ini dan seramai 15 orang dikhuatiri terkorban.
Kumpulan itu pencari emas di dasar sungai.
Hujan lebat dan kekurangan peralatan telah menghambat penyelamat tempatan untuk menggali lumpur bagi mengesan mangsa. – AFP