Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 hotel mewah diberi amaran kongsi maklumat harga dan kadar penginapan

    TOKYO, 9 MEI – Badan pemantau perdagangan adil Jepun telah memberi amaran kepada 15 hotel mewah di Tokyo bahawa perkongsian maklumat mengenai kadar penginapan dan harga bilik boleh melanggar undang-undang anti-monopoli.

    Harga hotel di seluruh negara telah melonjak dalam beberapa bulan kebelakangan ini susulan kemasukan pelancong asing yang mencatatkan rekod tertinggi, di tengah-tengah kekurangan tenaga kerja dan inflasi yang berterusan.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun (JFTC) kelmarin, beberapa pengendali hotel utama di ibu negara, termasuk Imperial Hotel dan New Otani, telah mengadakan mesyuarat bulanan.

    “Mereka bertukar maklumat mengenai kadar penginapan bulanan, purata harga bilik, hasil per bilik, tempahan masa depan serta dasar penetapan harga bilik untuk masa hadapan,” kata kenyataan itu.

    JFTC menyatakan bahawa ia telah memberi amaran kepada 15 syarikat tersebut agar tidak melakukan tindakan serupa yang ‘boleh tergolong dalam kategori…sekatan perdagangan yang tidak munasabah’ seperti yang dilarang oleh undang-undang.

    Kartel dan amalan rundingan bidaan adalah antara tindakan yang termasuk dalam kategori sekatan perdagangan yang tidak munasabah, menurut JFTC. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda