Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    15 kakitangan PBMP ikuti kursus marsyal bomba

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) telah mengikuti kursus marsyal bomba yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) selama tiga hari di MPABD, Muara.

    Dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) mengenai situasi wabak COVID, sebelum kursus dijalankan pada 13 hingga 15 Jun lalu itu, para peserta terlebih dahulu menjalani ujian pantas antigen (ART) selain mengamalkan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial.

    Hadir pada majlis penutup kursus tersebut ialah Pengurus Kanan, Jabatan Korporat PBMP, Awang Fadzillah bin Haji Mohd Yaakub.

    Sepanjang kursus berkenaan, para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran dan mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, mereka diajar tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul dan tatacara menyelamatkan diri daripada bangunan apabila berlakunya kebakaran.

    Para peserta diajar tatacara penggunaan alat pemadam api yang betul semasa kursus yang diadakan di PBMP, Muara. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...