Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 kanak-kanak diculik terkorban dalam serangan tentera

    BOGOTÁ, 18 NOV – Serangan tentera Colombia terhadap pejuang gerila telah meragut nyawa 15 kanak-kanak sejak Ogos, semuanya merupakan mangsa culik oleh kumpulan bersenjata yang menjadi sasaran operasi tersebut, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Presiden Colombia, Gustavo Petro melaporkan kematian lima kanak-kanak dalam dua pengeboman tentera baru-baru ini, menambah kepada tujuh kes yang dilaporkan oleh pejabat ombudsman hak asasi manusia Colombia. Umur mangsa tidak dinyatakan.

    Institut Perubatan Undang-undang dan Sains Forensik Kebangsaan Colombia berkata tiga lagi kanak-kanak terbunuh dalam serangan pada 24 Ogos di Guaviare di wilayah tengah selatan negara itu.

    Semua mangsa merupakan ‘korban perekrutan paksa oleh penjenayah yang membawa mereka ke dalam pertempuran,’ tulis Petro di X selepas tentera dan pendakwa raya mengumumkan siasatan terhadap serangan pada 10 Oktober yang mengorbankan 19 gerila dan tujuh kanak-kanak.

    Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Colombia sebelum ini menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap laporan kematian kanak-kanak tersebut, sambil menggesa pasukan keselamatan melakukan segala usaha untuk melindungi kanak-kanak yang diculik kumpulan gerila. – AFP

    Gustavo Petro menyampaikan ucapan semasa peringatan ulang tahun ke-134 Polis Kebangsaan dan majlis kenaikan pangkat pegawai di Akademi Polis Jeneral Santander di Bogotá pada 13 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda