Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 keluarga terima sumbangan UOB Heartbeat COVID-19

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN 29 MEI – Dalam membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 ini, United Overseas Bank Brunei (UOB Brunei) telah menghulurkan sumbangan berupa pek penjagaan yang meliputi barang-barang keperluan rumah kepada 15 buah keluarga, baru-baru ini.

    Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada Dana Bantuan UOB Heartbeat COVID-19 iaitu inisiatif kakitangan UOB global untuk menyokong komuniti yang terdedah di bawah Program Bantuan #UnitedForYou COVID-19.

    Pek penjagaan UOB diagihkan melalui Kempen Amal Ramadan SCOT yang mana setiap pek penjagaan merangkumi makanan harian seperti beras, minyak masak, telur dan keperluan lain seperti pencuci pakaian yang diberikan untuk meringankan persiapan mereka dalam menyambut Hari Raya.

    Pengurus Negara UOB Brunei, Awang Abdul Razak bin Abdul Malek dalam kenyataan berkata, sambutan raya menekankan pentingnya pemedulian antara satu sama lain, dan pihaknya mengambil serius tanggungjawab dalam membantu mereka yang memerlukan terutama dalam keadaan sukar seperti ini.

    “Melalui program bantuan UOB #UnitedForYou, kami akan terus membantu pelanggan kami, rakan sekerja dan komuniti untuk melalui hari-hari yang lebih baik,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Perbankan Komersil, Cheong Peng Kheong pula berkata, pihaknya berharap sumbangan pek penjagaan daripada UOB itu akan dapat membantu mengurangkan beban keluarga tersebut dalam sama-sama memerangi wabak sebagai sebuah komuniti.

    Di bawah program bantuan #UnitedForYou, UOB Brunei juga menyumbang komputer kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk membantu mereka dalam menjalankan pembelajaran dari rumah.

    Semasa sumbangan diagihkan berupa pek penjagaan yang meliputi barang-barang keperluan rumah kepada salah sebuah keluarga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda