15 kesalahan berjaya dikesan

Oleh Normazlina M.D

KUALA BELAIT, 22 Feb – Sebanyak 15 kesalahan telah didapati dalam Operasi Sepadu yang dijalankan di dua tempat berasingan di Daerah Belait, semalam.

Dalam operasi itu, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) mencatatkan 13 kes berkaitan rokok tidak yang diisytiharkan dan barangan Vape.

Manakala itu, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) pula melaporkan dua kes yang melibatkan kad pengenalan yang telah mansuh.

Operasi bersepadu berkenaan dijalankan oleh Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN), JKED, JIPK dan Pengawasan Kejiranan (PK) Mukim Belait.

Dengan adanya operasi sedemikian akan memberikan pengajaran dan kesedaran akan pentingnya mematuhi peraturan dan perundangan di negara ini di samping kerjasama dan bantuan masyarakat untuk turut sama memainkan peranan proaktif dalam membantu berkongsi sebarang maklumat yang difikirkan perlu dalam matlamat menangani perkara-perkara jenayah di negara ini.

Anggota PDB semasa terlibat dalam operasi yang dilancarkan di Daerah Belait, kelmarin.