15 lemas dalam insiden pagoda

YANGON, 21 NOV – Kira-kira 15 orang yang hendak mengunjungi festival di sebuah kuil Buddha telah mati lemas hari ini semasa mereka hendak menyeberangi tambak yang ditenggelami air di Myanmar, kata pekerja penyelamat kepada AFP.

Tragedi itu berlaku ketika ribuan penganut Buddha sedang menuju ke kuil Pagoda Kyeik Hne, yang terletak di atas singkapan berbatu sekitar tiga kilometer dari pantai dekat bandar Thanbyuzayat selatan negeri Mon.

Pegawai tempatan berkata, ada antara mangsa terkorban apabila mereka cuba menyeberangi laluan di tambak selebar empat meter yang tidak ditandakan dengan jelas dan ditenggelami air dengan arus yang deras ketika itu.

“Kami biasanya membenarkan orang ramai datang pada jam 6:30 pagi tetapi mereka mengabaikannya dan cuba menyeberang terlalu awal,” kata pegawai tempatan, Nai Sahai Eain kepada AFP.

Lebih ramai lagi yang lemas selepas itu apabila mereka bersesak dari laluan pejalan kaki yang dipenuhi orang ramai, untuk menuju ke laut. – AFP

Penganut Buddha yang menyeberangi tambak untuk menuju ke pagoda Kyeik Hne, dekat bandar Thanbyuzayat selatan negeri Mon. – AFP