Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 maut, 44 cedera dalam kebakaran

    BEIJING, 25 FEB – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 44 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Nanjing, timur China, kata pihak berkuasa tempatan, kelmarin.

    Kebakaran berlaku pagi Jumaat lalu, kata pegawai pada sidang akhbar, dengan siasatan awal menunjukkan kebakaran bermula di tingkat satu bangunan, di mana basikal elektrik ditempatkan.

    Bangunan itu terletak di daerah Yuhuatai di Nanjing, sebuah bandar dengan populasi lebih lapan juta penduduk dan terletak kira-kira 260 kilometer dari barat laut Shanghai.

    Pada 6 pagi, api telah dipadamkan dan operasi mencari dan menyelamat berakhir sekitar 2 petang Jumaat lalu, kata pihak berkuasa.

    Sebanyak 25 buah trak bomba dikerah untuk memadam kebakaran, kata perkhidmatan kecemasan.

    Gambar menunjukkan kebakaran di sebuah bangunan kediaman di bandar Nanjing, wilayah Jiangsu pada 23 Februari. – AFP

    Rakaman yang tular di rangkaian sosial China menunjukkan bangunan pencakar langit terbakar pada tengah malam, dengan asap hitam keluar daripada bangunan itu.

    Imej-imej lain menunjukkan api besar itu meranapkan beberapa tingkat bangunan, lampu kenderaan kecemasan kelihatan dalam gelap.

    Rakaman tambahan, yang diambil kemudian, menunjukkan asap putih keluar dari beberapa tempat di dalam bangunan itu.

    Seramai 44 orang yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan, kata pegawai, sambil menambah seorang berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi cedera parah.

    Pada sidang akhbar, Datuk Bandar, Chen Zhichang mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...