Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 maut, bas bawa pendatang terbabas di Mexico

    MEXICO CITY, 23 OGOS – Sebuah bas yang membawa kebanyakan pendatang Venezuela terbabas di tengah Mexico, kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan 36 cedera, kata pihak berkuasa.

    Kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah treler di lebuh raya yang menghubungkan negeri Puebla dan Oaxaca, kata kerajaan Puebla di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

    “Malangnya 15 orang kehilangan nyawa dan 36 lagi cedera,” katanya.

    Gabenor Oaxaca, Salomon Jara berkata bahawa beliau telah mengarahkan pihak berkuasa di negeri selatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera.

    Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Mexico, lazimnya disebabkan oleh kelajuan tinggi, keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik atau keletihan pemandu.

    Kemalangan seperti itu merupakan punca utama kematian dalam kalangan pendatang yang melakukan perjalanan berbahaya melalui darat ke Amerika Syarikat (AS).

    Terdahulu pada bulan Ogos, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila bas yang membawa pendatang asing dan warga Mexico terjunam ke dalam gaung di negeri barat laut Nayarit. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda