Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 maut, bot karam di Indonesia

    KENDARI, INDONESIA, 24 JULAI – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh hari ini selepas bot kayu karam di luar pantai pulau Sulawesi, Indonesia, kata pegawai mencari dan menyelamat, sambil menambah bahawa semua penumpang yang hilang telah ditemui.

    Bot tersebut karam dengan 48 orang di atas kapal sejurus selepas tengah malam tadi (1700 GMT Ahad), kata pejabat tempatan agensi mencari dan menyelamat Indonesia dalam satu kenyataan.

    Enam orang telah diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan, tambah kenyataan, dan punca karam sedang disiasat.

    Muhamad Arafah, ketua agensi mencari dan menyelamat setempat di bandar Ken-dari, Sulawesi Tenggara, dalam kenyataan itu berkata, 27 penumpang lain telah diambil kira dan kesemua mangsa telah dikenal pasti.

    Agensi itu berkata sebelum ini bahawa 19 orang hilang, tetapi Arafah berkata operasi mencari kini telah “diisytiharkan selesai dan ditutup”.

    Orang ramai melawat mangsa yang terselamat selepas sebuah bot karam di luar pantai pulau Sulawesi di Indonesia, kelmarin. – AFP

    Bot itu sedang menyeberangi teluk antara kampung Lanto dan Lagili di Kabupaten Buton Tengah di pulau Muna, kata jurucakap pejabat penyelamat tempatan Wahyudin.

    Mangsa yang terselamat, Marlina, 18, memberitahu pemberita bahawa bot itu “penuh” dengan penumpang apabila ia mula bocor.

    “Pada mulanya ia biasa sahaja, tetapi tiba-tiba ada yang menjerit kononnya air sudah masuk,” katanya.

    “Pemandu bot kata ‘tak apa’ akhirnya ia terbalik kerana air memenuhi bot. Kami jatuh, tiada angin dan ombak.”

    Namun Wahyudin enggan mengesahkan laporan media tempatan bahawa bot itu sesak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda