MANILA, 31 OGOS – Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh hari ini yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.
Biro itu berkata tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 5:30 pagi waktu tempatan.
Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran.
Mangsa terdiri daripada ahli keluarga dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City itu. – Bernama