YANGON, 3 April – Kira-kira 15 orang maut selepas kebakaran meranapkan sebuah kelab karaoke di tengah Myanmar, memerangkap pelanggan berada di dalam bilik menyanyi yang dipenuhi dengan asap beracun.
Seramai 11 lelaki dan empat wanita meninggal dunia apabila kebakaran memusnahkan tingkat atas kelab Shwe Myat Min Thamee di bandar Magway, barat laut bandar Naypyidaw pada malam kelmarin.
Seorang pegawai bomba tempatan berkata sistem elektrik kelihatan mengalami kepanasan melampau dan mencetuskan kebakaran pada lapisan kalis bunyi dalam bilik menyanyi.
“Kesemua mereka yang terkorban itu berada di dalam bilik KTV pada ketika itu…..ia kelihatannya wayar menjadi panas dan mula membakar getah berbusa,” kata pengarah jabatan bomba rantau Magway, Aung Win Sein memberitahu AFP hari ini.
Empat wanita yang juga terbunuh itu dikatakan kakitangan di kelab berkenaan.
Polis telah membuka dua kes ke atas pemilik bar atas kecuaian. – AFP