Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 maut dalam letupan lombong

    BEIJING, 19 NOV – Seramai 15 orang terbunuh dalam letupan di sebuah lombong arang di wilayah Shanxi, utara China, lapor media kerajaan hari ini.

    Menurut laporan agensi berita Xinhua, sembilan orang cedera dalam kejadian letupan gas kelmarin petang di lombong milik syarikat Shangxi Pingyao Fengyan Coal dan Coke Group Co.

    Ketika kejadian, seramai 35 pelombong bekerja di bawah tanah dan 11 daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan mangsa cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Shen Xuping, pegawai di Pentadbiran Keselamatan Lombong Arang Shanxi berkata hari ini, kemalangan itu mendedahkan ‘kekurangan kesedaran mengenai peraturan undang-undang dan pengurusan tidak teratur’ oleh syarikat terlibat, lapor media tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda