TEHRAN, 21 JUN – Lima belas orang meninggal dunia akibat keracunan alkohol di Iran selepas meminum minuman keras, media kerajaan melaporkan, hari ini, apabila jumlah kematian serupa meningkat di seluruh negara.
“Setakat ini, 15 orang telah meninggal dunia dan 180 orang telah keracunan dan dirawat ke hospital,” ketua hakim wilayah Alborz, Hossein Fazeli Harikandi berada tempat kejadian memberitahu agensi berita IRNA.
Kebanyakan mereka yang dirawat di hospital sejak itu telah dibenarkan keluar, katanya, tetapi ada yang menjadi buta, manakala yang lain menjalani dialisis setelah mengalami kerosakan buah pinggang.
Iran melarang pengeluaran dan penggunaan minuman beralkohol selepas Revolusi Islam 1979.
Sejak itu, alkohol yang diseludup dan tidak dikawal telah berleluasa di pasaran gelap, dengan metanol sering ditambah ke dalam minuman sebagai alternatif yang lebih murah kepada etanol.
Pihak berkuasa di wilayah Alborz telah menahan enam orang dan merampas lebih 6,000 liter (1,585 gelen) alkohol dari sebuah kilang kosmetik sebelum pengedarannya, kata Harikandi.


