15 maut trak hilang kawalan di India

AHMEDABAD, INDIA, 19 JAN – Sebuah trak yang hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan raya di barat India telah meragut 15 nyawa awal hari ini, kata pihak berkuasa.

Antara mereka yang terbunuh termasuk seorang anak damit perempuan, lapan wanita dan enam lelaki, kata pegawai polis Usha Rada di daerah Suraj, negeri Gujarat. Sementara enam yang lain mengalami kecederaan.

Trak itu bertembung dengan traktor yang membawa tebu selepas tengah malam di persimpangan jalan.

“Pemandu trak tersebut hilang kawalan dan kemudiannya terbabas ke tepi jalan raya, merempuh pekerja yang sedang tidur di tepi jalan,” kata timbalan polis Superintendan C M Jadeja.

Polis berkata bahawa pemandu trak dan traktor telahpun ditahan.

Kenderaan berkelajuan tinggi seperti motosikal bersama pejalan kaki dan penunggang basikal dengan infrastruktur yang buruk dan kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik menjadikan jalan raya di India sangat berbahaya.

Pada tahun 2019, lebih daripada 150,000 orang maut – 410 setiap hari atau 17 jam – dalam hampir setengah juta kemalangan, menurut kerajaan.

Menteri Pengangkutan Nitin Gadkari kelmarin merasmikan Bulan Keselamatan Jalan Raya, dengan mengatakan bahawa ia dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kematian dan kemalangan jalan raya menjelang 2025. – AFP