Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 mayat ditemui susulan banjir kilat di Papua Barat

    JAKARTA, 23 MEI – Pasukan penyelamat Indonesia menemukan 15 mayat selepas banjir kilat yang melanda sebuah tapak perlombongan emas terpencil di Pergunungan Arfak, Papua Barat, dengan empat lagi mangsa masih dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Bencana itu melanda perkampungan Jim di daerah Catubouw pada 16 Mei, selepas hampir tujuh jam hujan lebat.

    “Mayat mangsa ditemukan secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari.

    “Lapan daripada mereka telah dikenal pasti, manakala tujuh lagi masih belum dikenal pasti dan dihantar ke Hospital Polis Bhayangkara untuk pemeriksaan,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

    Seorang pelombong yang pada awalnya dilaporkan hilang, kemudian ditemukan selamat di sebuah kampung berhampiran.

    Abdul Muhari berkata, usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang diteruskan dengan bantuan pasukan kecemasan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), tentera, polis dan sukarelawan.

    “Operasi menyelamat menghadapi kesukaran disebabkan bentuk muka bumi yang mencabar, keadaan cuaca tidak menentu, arus sungai yang deras dan kekurangan peralatan komunikasi.

    “Suhu pada waktu malam yang rendah di kawasan pergunungan turut menjejaskan ketahanan fizikal anggota pasukan penyelamat yang terlibat,” katanya. – Bernama

    Suasana banjir kilat yang pernah melanda Sentani, Papua, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada tahun 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda