QALAT, AFGHANISTAN, 15 OKT – Kira-kira 15 militan disahkan maut dan 26 yang lain termasuk enam anggota polis cedera dalam kejadian letupan bom disusuli dengan pertempuran bersenjata yang menyasarkan sebuah markas polis di luar bandar Qalat, di selatan wilayah Zabul hari ini, kata Ketua Polis wilayah Hekmatullah Kuchi.
“Pemberontak Taliban meletupkan kenderaan tentera yang sarat dengan bahan letupan bersebelahan markas polis di daerah Norak 40 kilometer di luar ibu kota wilayah Qalat pagi ini dan ia disusuli pertempuran bersenjata dan membunuh 15 militan selain mencederakan lebih 20 yang lain,” kata Kuchi kepada Xinhua. – Bernama