Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 6 Nov – Seramai 15 orang Muslimah Masjid Kampung Keriam yang berjaya menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran secara tadarus telah diraikan di Majlis Khatam Al-Quran, baru-baru ini.
Majlis yang kali pertama diadakan di masjid tersebut telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussein.
Adapun tujuan ia diadakan adalah bagi menggalakkan para Muslimah masjid untuk mengamalkan bacaan Al-Quran di samping mengisi harian mereka dengan perkara yang bermanfaat.
