SEPANG, 28 OGOS – Mahkamah Sesyen Sepang hari ini menetapkan 15 Oktober ini untuk penyerahan dokumen bagi kes seorang pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu. Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin

