Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    15 pain darah berjaya dikutip

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Sebanyak 15 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah bersempena Festival Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2022 bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan (BSB), hari ini.

    Seramai 20 orang telah mendaftar awal melalui aplikasi Bloodkad dan secara walk-in pada kempen berkenaan yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait dengan Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan.

    Kempen berkenaan diadakan selama dua hari dengan kempen seterusnya akan dijalankan pada 17 Disember setelah diadakan di tiga daerah lainnya bersempena dengan festival berkenaan.

    Penyelia Pusat Belia BSB, Haji Muhd Sofian bin Amit ketika ditemui melahirkan harapan agar lebih ramai pihak tampil menderma darah, untuk membantu tabung darah di hospital bagi keperluan mereka yang memerlukan dan memastikan bekalan darah tidak berkurangan.

    Bagi mereka yang belum pernah menderma adalah diharapkan akan dapat tampil dan membantu kerana menderma darah bukan sahaja dapat membantu pesakit yang memerlukan bahkan ia juga dapat membantu kesihatan tubuh badan.

     Antara objektif kempen berkenaan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan banyak nyawa dan membantu pihak Pusat Pendermaan Darah menambah lagi stok darah. 

    Ia juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam semua aspek dan pengendalian kerja-kerja sosial.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk tampil menderma darah pada hari kedua kempen berkenaan yang akan bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Riadah, Pusat Belia BSB.

    Haji Muhd Sofian ketika ditemu bual semasa kempen berkenaan.
    Antara penderma yang tampil untuk menderma darah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...