Thursday, November 14, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘15 pakej LPB siap 73 peratus’

    KOTA KINABALU, 12 JAN – Lima belas daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB) yang kini dalam proses pembinaan sudah mencapai 73 peratus, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

    Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata dua pakej projek itu telah siap dan boleh digunakan oleh pengguna jalan raya negeri ini.

    “Pakej itu ialah pakej lima dan pakej 27 di kawasan Kinabatangan, Sandakan dan beberapa pakej lagi dijangka akan siap awal tahun depan manakala pakej lain dijangka (siap) hujung tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat hari pertamanya di Kementerian Kerja Raya negeri di sini hari ini.

    Shahelmey berkata baki 19 pakej lagi akan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan menerusi sukuk dan beliau berharap ia akan dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Beliau berkata pakej sembilan juga kini dalam proses lantikan kontraktor.

    Dalam pada itu beliau berkata gangguan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan ketika ini adalah berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan berkala di Loji Rawatan Air Moyog.

    Katanya, bekalan air akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih seperti biasa. – Bernama

    Gambar fail 7 Oktober 2022 menunjukkan Lebuhraya Pan Borneo dari Batu 32 Sandakan ke Kinabatangan hampir siap. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda