Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pegawai polis ditahan berhubung pembunuhan mangsa sabung ayam

    MANILA, 7 JULAI – Seramai 15 pegawai polis telah ditahan dan disiasat atas tuduhan berhubung peranan mereka dalam penculikan dan pembunuhan terhadap kira-kira 34 penyabung ayam, kata ketua polis Filipina hari ini.

    Mangsa yang hilang itu dituduh menipu dalam sukan yang sangat popular itu, dengan mayat mereka dilaporkan dibuang ke dalam tasik.

    Mangsa hilang sekitar tahun 2021 dan 2022 kebanyakannya ketika dalam perjalanan ke atau dari tempat sabung ayam di wilayah utara Filipina utama Luzon, termasuk di wilayah ibu kota Manila metropolitan.

    Kes yang belum dapat diselesaikan itu sekali lagi menarik perhatian umum selepas seorang saksi penting baru-baru ini muncul dan menuduh bekas majikannya, seorang taikun perjudian, mendalangi pembunuhan itu, dengan mayat dilaporkan dibuang di Tasik Taal di selatan Manila atau dibakar di tempat lain.

    Ketua polis Filipina, Jeneral Nicolas Torre III berkata dalam sidang media bahawa saksi utama, yang dikenali sebagai ‘Totoy,’ memberikan butiran penting. Para penggemar dan pekerja sabung ayam telah dicekik dan dikerat sebelum dibuang.

    Siasatan polis telah mengesahkan butiran dan keterangan daripada saksi akan digunakan dalam aduan jenayah yang akan difailkan oleh Jabatan Kehakiman terhadap suspek, katanya.

    Saksi telah berkata kepada rangkaian televisyen tempatan dia memutuskan untuk bersuara kerana bekas majikannya dituduh mengancam untuk membunuhnya. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda