Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pegawai terima penetapan pangkat Inspektor PPDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai 15 pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berpangkat Inspektor Percubaan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk ditetapkan pangkat sebagai Inspektor, berkuat kuasa mulai 10 November.

    Bagi meraikan penetapan tersebut, Majlis Penetapan Pangkat Pegawai PPDB telah diadakan di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian penetapan pangkat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.

    Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman hadir sekalu tetamu kehormat ke majlis tersebut.

    Turut berangkat ke majlis ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, bersama pengarah-pengarah, timbalan pengarah serta pegawai-pegawai kanan PPDB dan keluarga pegawai yang ditetapkan pangkat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar, diikuti dengan penyampaian penetapan pangkat dan sesi bergambar ramai bersama pegawai serta keluarga masing-masing.

    PPDB dalam kenyataannya berharap agar penetapan pangkat ini akan menjadi inspirasi kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dan memberikan yang terbaik kepada pasukan.

    Semua di atas: Antara suasana majlis penetapan tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda