Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pelajar UiTM Sarawak terima bantuan komputer riba

    KOTA SAMARAHAN, 9 JAN – Seramai 15 orang pelajar dari golongan miskin dan miskin tegar yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak terpilih untuk menerima Bantuan Peranti MADANI (PERMAI).

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata sumbangan berbentuk komputer riba itu disifatkan mampu membolehkan pelajar dari kumpulan sasar memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran, seterusnya mengubah nasib dan masa depan mereka.

    “Sumbangan ini adalah dari rakan strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) iaitu Bank Muamalat.

    “Usaha syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini mampu membantu usaha kerajaan bagi membasmi masalah kemiskinan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Program Didik Kasih MADANI (dKasih) PERMAI di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 di sini hari ini.

    Beliau berkata Program (dKasih) PERMAI merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kesejahteraan Rakyat MADANI yang bertujuan memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik. – Bernama

    Datuk Rubiah Wang menyampaikan komputer riba kepada David Beckham, antara 15 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak terpilih untuk menerima Bantuan Peranti MADANI (PERMAI), kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda