Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 pelanggan BIBD bawa pulang hadiah lumayan

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Tiga wanita membawa pulang hadiah dengan gembira, kelmarin, apabila memenangi baucar membeli-belah Supa Save dalam Kempen Kad-kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan Supa Save.
     
    Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Supa Save Gadong menyaksikan Dayang Azlina @ Nurul Afiqah Dhabitah binti Haji Ali memenangi hadiah pertama berupa baucar bernilai $3,000.
     
    Manakala tempat kedua, Dayang Emmyra Nurazrenna binti Ahmad Zaini memenangi baucar $2,000 dan baucar bernilai $1,000 dimenangi oleh Dayang Zurina binti Haji Mohammad Hashim di tempat ketiga dengan 12 pemenang lain masing-masing pulang dengan baucar membeli-belah bernilai $500.
     
    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit (Jualan, Perdana dan Ar Rahnu) BIBD, Awang Junaidi bin Bahrum dan Ketua Strategi Pedagang, Andy Yong, sementara itu, Kumpulan Supa Save pula diwakili oleh Pengurus Besar, Darren Yap.
     
    Setiap bulan, 15 pemenang akan dipilih, termasuk tiga pemenang utama dan 12 pemenang hadiah sagu hati.
     
    Bagi menyertai kempen berkenaan, pelanggan hanya perlu membuat transaksi runcit menggunakan kad Mastercard atau Visa BIBD di mana-mana cawangan Supa Save yang mengambil bahagian iaitu cawangan Gadong, One Riverside, Mabohai dan Seria.
     
    Gambar ramai pemenang kempen berkenaan dengan hadiah masing-masing. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    ATAS & BAWAH: Salah seorang pemenang menerima hadiah mereka di majlis itu. GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...