Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pemimpin terima anugerah Manikayu 2 Butir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 15 orang pemimpin pasukan pengakap dianugerahkan Manikayu 2 Butir (‘2 bead’) setelah lulus dalam ujian-ujian yang telah ditetapkan untuk menjadi pemimpin pengakap terlatih.

    Majlis penganugerahan itu berlangsung pada Majlis Perhimpunan Pemegang-pemegang Manikayu bagi Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) sempena Sambutan Seabad Manikayu Sedunia 1919-2019 yang berlangsung di Ibu PPNBD, hari ini.

    Hadir menyampaikan penganu-gerahan itu ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, timbalan ketua pesuruhjaya pengakap negara Persekutuan Pengakap Malaysia merangkap ketua pesuruhjaya pengakap negeri, ketua pesuruhjaya pengakap negeri Sarawak dan ketua pesuruhjaya pengakap negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

    Terdahulu penyampaian anugerah Manikayu kepada pemimpin, pengisytiharan Majlis Perhimpunan Pemenang-pemegang Manikayu PPNBD telah disempurnakan oleh Mantan Pesuruhjaya Latihan, Pengiran Haji Tajudin bin Haji Ahmad selaku tetamu kehormat majlis.

    Perhimpunan tahun ini membawa tema ‘Tahun Membentuk Pemimpin’ yang dikhususkan kepada pemegang-pemegang Manikayu sebagai tanda bermulanya latihan kepimpinan pengakap untuk orang dewasa.

    Majlis perhimpunan dihadiri oleh lebih 150 pemegang Manikayu terdiri daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, para pemimpin pengakap dan pemimpin dewasa dalam dan luar negara termasuk dari Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta dari Persatuan Pengakap Singapura.

    Salah seorang pemimpin menerima penganugerahan Manikayu 2 Butir setelah berjaya menjalani beberapa ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda