Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pendatang diselamatkan di Belgium

    BRUSSELS, 28 JUN – Lima belas pendatang yang cuba sampai ke Britain diselamatkan di luar pantai Belgium selepas dingi mereka mula tenggelam, kata pihak berkuasa hari ini.

    Bot tersebut, dibina untuk tujuh orang, bertolak dari bandar Perancis Dunkirk lewat Jumaat dan seorang penumpang berjaya membuat panggilan kecemasan beberapa jam kemudian.

    Pengawal pantai Belgium menyelamatkan penumpang berkenaan kira-kira 11 kilometer di luar pantai pesisir dan membawa mereka ke pelabuhan Ostende. Penumpang, kesemua orang dewasa lelaki, bera-sal dari Mesir, Afghanistan, Iraq dan Kuwait, kata kenyataan pendakwa.

    “Penyeludup manusia sering menempatkan pendatang dalam bot getah kecil dan menolak mereka ke Laut Utara, biasanya dari pantai Perancis,” kata Frank Demeester, jurucakap pejabat pendakwa. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda