Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    15 penyu terancam diserahkan kepada institusi penyelidikan

    PHNOM PENH, 19 FEB – Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Kemboja dan Pentadbiran Perikanan telah menyerahkan 15 penyu dinamakan Royal Turtle yang hampir pupus kepada sebuah institut penyelidikan untuk kajian biologi dan pembiakan, kata seorang pakar pemuliharaan kelmarin.

    Som Sitha, pengurus projek WCS Kemboja, berkata bahawa dua penyu jantan dan betina sub-dewasa dan 13 anak penyu berkenaan telah dihantar ke Institut Penyelidikan dan Pembangunan Akuakultur Kebangsaan Samdech Techo Hun Sen pada Khamis lalu.

    Institut tersebut terletak di komuniti Roka, wilayah Kandal, meliputi kawasan seluas kira-kira 30 hektar.

    “Tujuannya adalah untuk menempatkannya di institut itu untuk pelajar mengkaji biologi penyu berkenaan, serta untuk pembiakan,” katanya kepada Xinhua.

    “Memindahkan beberapa penyu yang sangat terancam ini untuk pembiakan di tempat yang berbeza akan membolehkan untuk melindungi dan memulihara spesies berkenaan daripada kepupusan dengan lebih baik.” – Xinhua

    Ahli pemuliharaan menyukat seekor Royal Turtle di wilayah Kandal, Kemboja, pada 16 Februari lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...