Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Sebanyak 15 perusahaan makanan dan minuman (F&B) Brunei daripada program pembangunan Darussalam Enterprise (DARe), baru-baru ini, telah menyertai pameran perdagangan F&B terbesar Singapura, Food & Hotel Asia – F&B (FHA-F&B) buat pertama kali untuk meneroka peluang perniagaan baharu dan mendapatkan pandangan tentang amalan terbaik industri.