Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 terbunuh semasa bantahan di Nigeria

    ABUJA, 20 OKT – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh sejak tunjuk perasaan membantah  kekejaman polis meletus bulan ini di Nigeria, kata Amnesty International kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Pertubuhan hak asasi itu mengatakan dua pegawai polis adalah antara mangsa sementara ratusan orang cedera. Tunjuk perasaan di seluruh negara telah berlanjutan sejak 7 Oktober walaupun unit Skuad Khas Anti Rompakan (SARS) yang kontroversi sudah dibubarkan.

    Bantahan terhadap SARS berlangsung selama beberapa hari dan perusuh mengepung markasnya.

    Mereka melaungkan “AKHIRI SARS” dan menuang cat merah pada jalan di hadapan bangunan itu –  simbolik terhadap dakwaan pembunuhan oleh pegawai SARS.

    Walaupun SARS telah dibubarkan, penunjuk perasaan meneruskan demonstrasi menuntut reformasi polis yang menyeluruh termasuk hukuman terhadap pegawai melakukan kesalahan, pembebasan tanpa syarat ke atas semua penunjuk perasaan yang ditahan dan pampasan untuk keluarga mangsa kekejaman polis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda