Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Seramai 150 orang anak yatim dari tujuh buah mukim di daerah ini menerima derma daripada Dewan Perniagaan India pada majlis penyampaian derma dan berbuka puasa yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, di ibu negara, hari ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden Dewan Perniagaan India, Nazeer Ahmed Zackariah.

    Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Nagma Mohamed Mallick dan ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut.

    Antara anak yatim ketika menerima sumbangan daripada Dewan Perniagaan India.
    Antara anak yatim ketika menerima sumbangan daripada Dewan Perniagaan India.

    Anak-anak yatim yang menerima sumbangan berkenaan adalah dari Mukim Sungkai Kebun, Mukim Peramu, Mukim Burung Pinggai Ayer, Mukim Kota Batu, Mukim Berakas ‘A’ dan Mukim Gadong ‘B’.

    Mereka adalah anak-anak yatim yang berdaftar di Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Terdahulu, sebelum penyampaian derma, majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Haji Muslim bin Haji Abdul Razak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda