Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    150 ekor kucing diselamatkan dari rumah penyembelihan

    BEIJING, 31 OGOS – Hampir 150 ekor kucing yang dibawa ke rumah penyembelihan berjaya diselamatkan oleh polis di timur China, menurut pertubuhan kebajikan haiwan antarabangsa.

    Kucing-kucing itu berhimpit dalam kurungan berkarat apabila ia ditemui oleh polis di bandar bahagian timur, Jinan di wilayah Shandong, menurut kenyataan Humane Society International (HSI), kelmarin.

    Sebuah kumpulan meletakkan burung pipit ke dalam kurungan sebagai umpan dan menggunakan alat kawalan jauh untuk menutup pintu perangkap sebaik saja kucing memasukinya, menurut aktivis hak asasi haiwan, VShine.

    “Ia sangat mengejutkan untuk melihat bagaimana keadaan kucing-kucing di dalam kurungan, kebanyakannya dalam keadaan kurus kering dan mengiau lemah,” menurut aktivis, yang hanya ingin dikenali sebagai Huang, dalam kenyataannya kepada HSI.

    “Kami menemui puluhan ekor burung pipit hidup yang digunakan untuk mengumpan kucing-kucing yang juga cukup mengejutkan.”

    Kebanyakan kucing-kucing yang diselamatkan dipercayai haiwan peliharaan dan dihantar ke rumah pelindungan haiwan tempatan, tambah kenyataan.

    Aktivis turut menemui 31 ekor burung pipit – spesies terlindung di China – di tempat kejadian dan dilepaskan kembali hutan liar. – AFP

    Antara kucing yang terkurung dalam kurungan berkarat selepas ditemui oleh polis di timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda