Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

150 ganding bahu bersihkan tanah perkuburan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan MPC

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan, kira-kira 150 orang sukarelawan daripada komuniti pelabuhan bersama-sama membersihkan kubur di perkuburan Islam, kawasan Pelabuhan Muara, baru-baru ini.

Kempen berkenaan dianjurkan oleh Syarikat Pelabuhan Muara Sdn Bhd (MPC) dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Serasa dan Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPC, di sini, kempen berkenaan dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong,
Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman serta pengurusan dan kakita-ngan MPC.

Turut hadir ialah wakil-wakil daripada komuniti pelabuhan termasuk Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, Tentera Laut Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kempen diakhiri dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan Doa Arwah.

Ketua Pegawai Eksekutif MPC, Zeng Caili menyatakan bahawa MPC berbesar hati kerana dapat menganjurkan acara sokongan kebersihan komuniti dengan kerjasama MPM

Serasa dan Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali selaras dengan nilai-nilai asas dan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Acara berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan MPC berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak inisiatif seumpamanya untuk mempromosikan kesukarelawanan dan penglibatan komuniti.

Gambar ramai antara yang terlibat dalam kempen pembersihan tanah perkuburan Islam bersempena kehadiran bulan Ramadan.
Antara yang terlibat dalam kempen berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -